|
KURSUS PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM KE 7 |
|
Kursus Perubatan Islam Darussalam Ke-7 Tarikh Kemaskini : 13 Jun 2009 (01.00 am)
1.0 Pendahuluan
Menyedari hakikat gangguan jin dan mahkluk halus, serta amalan-amalan khuraf yang banyak diamalkan oleh generasi terdahulu secara sedar atau tidak, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia cuba melangkah untuk menyebarkan dakwah dalam ilmu perubatan kepada semua masyarakat.
Sepanjang Klinik Perubatan DARUSSALAM beroperasi di Kuala Lumpur, DARUSSALAM tidak lekang dari dikunjungi oleh pesakit-pesakit yang datang dari Negeri Kelantan datang untuk mencari penyelesaian secara Islam kepada masalah yang mereka hadapi.
ANTARA permasalahan dan aduan yang dihadapi oleh pesakit daripada Negeri Kelantan ialah
- Masalah Saka/Saka Harimau/ Silat/ Bidan (yang menggunakan perantaraan jin)
- Hala/Ular Besar/Penggawa/Anak Nyee/Hantu Raya
- Main Puteri/Bersemah/ Bayar Niat dll
Oleh yang demian, Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia (DARUSSALAM) menjadi negeri KELANTAN sebagai fokus penyebaran dakwah kali ini. Kursus perubatan ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Yang Berbahagia Al-Fadhl Ustaz Dato' Ismail Bin Kamus. Segala penyampaian kuliah, pengisian program, pengijazahan ilmu perubatan dan kaedah rawatan akan disampaikan oleh beliau sendiri dengan dibantu oleh Ahli Jawatankuasa DARUSSALAM sesi 2009/2010.
Semoga usaha ini akan memberikan gambaran yang jelas kepoada masyarakat negeri Kelantan mengenai kaedah perubatan yang dibenarkan oleh Islam sekaligus melahirkan perawat-perawat yang terlatih dengan kaedah perubatan Islam yang sebenar. Dengan usaha ini mudah-mudahan akan dapat membasmi masyarakat daripada bergantung kepada unsur tahyul, khurafat, syirik dan sebagainya.
Harapan kepada peserta-peserta terutamana dari negeri Kelantan untuk bersama-sama mendalami permasalahan ini mudah-mudahan ianya selari dengan perkembangan Islam semasa.
2.0 Objektif
- Membantu masyarakat memahami kaedah rawatan Islam
- Melahirkan perawat-perawat yang mengamalkan kaedah perubatan Islam menggunakan ayat-ayat suci Al-Qur'an dan doa-doa terpilih.
- Sebagai wasilah penerusan ilmu datipada tuan guru kepada pelatih/perawat dengan harapan ilmu perubatan yang diijazahkan kelak akan digunakan untuk membantu masyarakat
- Membantu masyarakat negeri Kelantan yang mengalami masalah berkaitan
- Menjadi program tahunan DARUSSALAM untuk melahirkan perawat-perawat baru terutama terutamanya di Pantai Timur
3.0 Tarikh Kursus
7 & 8 Ogos 2009 (Jumaat & Sabtu)
4.0 Tempat
Dewan Kenanga, Hotel Raudah, Jalan Maju,K.Bharu, Kelantan
5.0 Yuran Penyertaan
Lima Ratus Ringgit Sahaja (RM 500.00 ) (Buku Kuliah, Makanan 3x, Handout)
6.0 Penginapan
Tidak disediakan.
7.0 Jumlah Penyertaan
Penyertaan terhad. Hanya 100 tempat duduk (Yang Dahulu Di Utamakan)
8.0 Syarat-Syarat Peserta
- Terbuka kepada semua berusia tidak kurang dari 18 tahun (lelaki & perempuan)
- Boleh membaca Al-Qur'an dengan lancar dan baik
- Tidak merokok, berakhlak mulia dan menutup aurat
- Tidak mengamalkan ilmu yang bercanggah dengan syariat Islam
- Sanggup menjalani latihan praktikal
9.0 Cara Mendaftar
- Tarikh terakhir permohonan ialah pada 24 Julai 2009 (Jumaat)
- Sila masukkan wang kursus sejumlah LIMA RATUS RINGGIT MALAYSIA (RM500.00) ke dalam akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB 121130-10-025162) atas nama PERSATUAN PERUBATAN ISLAM DARUSSALAM MALAYSIA selewat-lewatnya dua minggu sebelum kursus. Selepas pembayaran, sila SMS kan nama, jumlah bayaran, tarikh dan masa bayaran kepada no tel 019-430 6763. Sila simpan bukti pembayaran untuk tujuan penyemakan semasa temduga.
- Sila hadir pada temuduga pada 25 & 26 Julai 2009 (Sabtu & Ahad) pada tempat yang ditetapkan. Keputusan temuduga akan diberikan sejurus selepas temuduga.
- Bagi calon yang tidak berjaya, wang anda akan dipulangkan (refund)
10.0 Temuduga
- Semua pemohon diwajibkan untuk menjalani temuduga
- Hanya peserta yang lulus ujian temuduga akan dipanggil untuk mengikuti kursus perubatan.
- Bagi pemohon yang tidak dapat hadir temuduga, sila berurusan dengan urusetia untuk urusan khas (special arrangement)
- Sila bawa bersama 2 keping gambar berukuran passport, salinan kad pengenalan dan dua keping sampul surat beserta setem 30sen beralamat sendiri.
- Temuduga akan diadakan pada 25 & 26 Julai 2009 ( Sabtu dan Ahad) di dua lokasi
a) Pusat Perubatan Islam DARUSSALAM, Gombak b) Kota Bharu - Tempat akan dimaklumkan kelak (TBA)
11.0 Pertanyaan/Masalah
Sebarang masalah dan pertanyaan boleh dirujuk kepada
- Tn Haji Kadir Abdul Salam (019-357 0768)
- Sdr Azizan Ramly (019-430 6763)
- Ust Shubri (019-320 7196/013-974 7872) - Wakil DARUSSALAM di Kota Bharu
Layari laman web dibawah untuk maklumat terkini
http://www.darussalam.org.my http://k7darussalam.blogspot.com
Disediakan Oleh :
Urusetia Pengambilan Kumpulan Ke 7 Kursus Perubatan DARUSSALAM |